Wednesday, 31 October 2012

Perekrutan Sumber Manusia Dan Kakitangan

Pengambilan Dan Pemilihan Pekerja

      Di dalam sesebuah organisasi di jabatan kerajaan atau swasta, pengambilan dan pemilihan pekerja merupakan fungsi yang amat penting untuk menjamin kejayaan pengurusan sumber manusia. Tanpa strategi pengambilan dan pemilihan yang baik, organisasi akan mengalami beberapa kesan negatif. Huselid (1994) serta Stewart dan Knowles (2000) menegaskan bahawa amalan pengambilan dan pemilihan pekerja akan memberi kesan ke atas prestasi organisasi secara keseluruhannya. Sebenarnya tujuan umum pengambilan dan pemilihan pekerja adalah untuk mencari pekerja yang terbaik bagi sesuatu jawatan yang bersesuaian (picking the right person for the right job). Di samping itu juga pihak pengurusan atasan haruslah memastikan kuantiti dan kualiti sumber manusia di dalam organisasi itu dapat menyokong segala misi, matlamat dan strategi organisasi. Atas dasar inilah pengambilan dan pemilihan pekerja dijalankan dengan teliti dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Gatewood dan Feild (1994) serta Scholarios, Lockyer dan Johnson (2003) mendefinisikan pengambilan dan pemilihan pekerja sebagai proses mengumpul dan menilai maklumat mengenai individu dalam proses menawarkan pekerjaan.
 
Huselid, M. A., (1994). Documenting HR’s effect on company performance. HR Magazine, 39, 79-85.
Stewart, J., & Knowles, V., (2000). Graduate recruitment and selection practices in small businesses. Career Development International Journal, 5(1), 21-38.
Gatewood, D., & Feild H. S., (1994). Human Resource Selection. USA: The Dryden Press.

      Pengambilan adalah satu proses yang menarik minat seberapa ramai calon untuk memohon pekerjaan dalam organisasi (Flynn, 1994; Farnham & Stevens, 2000; Min & Kleiner, 2001; Scholarios et al., 2003; Fish & Macklin, 2004). Pengambilan pada hari ini semakin mencabar kerana terdapat ramai calon yang berkelayakan memohon sesuatu kekosongan jawatan. Pada kebiasaannya proses pengambilan bermula apabila seseorang pengurus mengisi borang khas untuk memohon pekerja. Ia adalah satu dokumen lengkap yang mengandungi nama jawatan, jabatan yang memohon, tarikh pekerja diperlukan dan pengesahan daripada pengurus besar syarikat. Berdasarkan maklumat tersebut, seseorang pengurus sumber manusia akan merujuk kepada diskripsi tugas untuk mengenal pasti kelayakan yang diperlukan bagi memenuhi keperluan pengambilan organisasi.
 
Flynn, G., (1994). Attracting the right employees and keeping them.
Personnel Journal, 73, 44-49.
Farnham, D., & Stevens, A., (2000). Developing and implementing competence–based recruitment and selection in a social services department – A case study of West Sussex County Council.– International Journal of Public Sector Management, 13(4), 369-382 Min, J. C., & Kleiner, B. H., (2001). How to hire employees effectively. Management Research News, 24(12), 31-38.
Fish, A., & Macklin, R., (2004). Perception of executive search and advertised recruitment attributes and service quality. Personnel Review, 33(1), 30-54.

     Pemilihan pekerja pula adalah proses mengenal pasti dan memilih pekerja yang terbaik untuk organisasi. Pemilihan pekerja amat berkait rapat dengan pengambilan kerana kedua-duanya melibatkan proses menempatkan individu dalam organisasi. Pemilihan pekerja amat dipengaruhi oleh strategi pengambilan yang digunakan. Ini bermakna strategi pengambilan yang baik dapat menarik minat seberapa ramai calon untuk memohon jawatan tersebut dan pemilihan pekerja dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Perbelanjaan dan usaha yang tinggi dalam pengambilan dapat menghasilkan calon terbaik untuk sesuatu jawatan. Pemilihan dibuat berdasarkan kepada kumpulan pemohon yang memohon sesuatu jawatan dan memilih mereka yang paling layak untuk jawatan tersebut. Torrington dan Hall (1991) berpendapat pemilihan pekerja yang dilakukan dengan berhati-hati dan mengikut prosedur yang ditetapkan boleh memberikan keadilan kepada semua pihak dan dapat mengelakkan kesilapan dalam pemilihan calon semasa temuduga. Ini bermakna sistem pengambilan dan pemilihan pekerja yang terbaik dapat meminimumkan diskriminasi dan memberi peluang kepada firma untuk membuat keputusan pemilihan pekerja yang tepat.

Torrington, D., & Hall, L., (1991). Personnel management: A new approach. Hemel Hempstead: Prentice Hall.

     Pengambilan pekerja secara online mahupun mengikut sistem yang disediakan merupakan permohonan kerja dalam talian dan sistem pemprosesan yang membolehkan majikan mengiklankan peluang pekerjaan mereka, dan untuk calon-calon untuk mengemukakan permohonan secara dalam talian. Menggunakan medium internet yang berkuasa, mencari pekerjaan tidak lagi menjadi masalah untuk akan pekerja dalam era ini teknologi yang dipertingkatkan. Dengan pengenalan Sistem Pengambilan Online pengambilan  pekerja-pekerja baru kini dibuat lebih mudah bagi majikan.Menggunakan sistem e-Recruitment ia dapat menjimatkan masa terutamanya kepada majikan, ini adalah kerana majikan boleh menyemak calon-calon yang terlibat dalam pemilihan pekerja berulang-ulang kali. Majikan boleh melihat kriteria-kriteria yang ada pada setiap calon dengan lebih teliti. Majikan tidak perlu membuang masa menyemak borang-borang manual dan hanya duduk di depan komputer yang mempunyai sistem tersebut. Walaubagaimana pun sistem ini juga boleh menjana banyak calon yang tidak berkelayakan dan majikan mempunyai masalah dalam memilih pekerja kerana terlalu ramai pekerja yang tidak berkelayakan juga ada.

     Dengan adanya e-recruitment sistem majikan dapat mengurangkan kos pengiklanan, majikan hanya perlu mengiklankan pengambilan pekerja secara dalam talian dan tidak perlu mengupah orang untuk melakukan pengiklanan manual seperti penyediaan risalah-risalah pengiklanan. Selain itu dengan pengambilan pekerja dalam talian dapat membantu pekerja lain yang menguruskan pengambilan pekerja dengan lebih cekap dan efisyen. Majikan juga tidak perlu menyewa tempat dan ruang untuk mengadakan proses pengambilan pekerja. Calon hanya duduk di hadapan komputer yang mempunyai sistem dalam talian di mana-mana sahaja tanpa perlu pergi ke tempat tertentu untuk menjalani proses pengambilan pekerja dan sekaligus menjimatkan masa calon dan pekerja itu sendiri. Ia juga meningkatkan kualiti calon iaitu majikan dapat memilih calon yang benar-benar sesuai dengan permintaan yang diperlukan. 

     Selain daripada kelebihan pengambilan pekerja dalam talian ini terdapat juga kelemahan iaitu agak sukar untuk mengenalpasti maklumat peribadi yang diberikan calon adalah benar dan ia memerlukan masa untuk menentukan kesahihan data tersebut. Sistem ini mempunyai risiko yang tinggi keatas kehilangan data akibat digodam oleh pihak luar dan jaringan keselamat ke atas talian ini adalah amat rendah dan peluang untuk kehilangan maklumat adalah amat tinggi. Organisasi tidak boleh bergantung sepenuhnya terhadap sistem atas talian ini jika terjadi sesuatu seperti ketiadaan elektrik dan jika elektrik tiada program tersebut tidak dapat dijalankan.

Maklumat Dan Kelebihan Kompetitif



DEFINISI SISTEM MAKLUMAT SUMBER MANUSIA 

       Di  kesempatan  ini saya  ingin  mengambil  kesempatan  untuk menerangkan kepada semua pembaca apakah maksud  sebenar Sistem  Maklumat  Sumber  Manusia. Terdapat dua perkara yang perlu ditakrifkan iaitu apakah itu sistem dan maklumat. 
    Sistem ditakrifkan sebagai satu set elemen yang dihubungkan bersama bagi memenuhi objektif yang sama.Subsistem adalah sebahagian daripada sistem yang besar. Dalam sesebuah pengurusan, organisasi adalah sistem. Konsep sistem bagi pengurusan sistem maklumat adalah mengoptimumkan output organisasi dengan menghubungkan subsistem melalui perantaraan pertukaran maklumat. 
   Maklumat terdiri daripada data yang diambil dan kemudiannya diproses bagi tujuan mendapatkan maklumat, membuat kesimpulan atau asas bagi membuat sesuatu ramalan dan keputusan.
   Ia juga merupakan sistem yang digunakan untuk memperoleh, menyimpan, memanipulasi, menganalisis, mengambil, dan menyebarkan maklumat mengenai sumber manusia sesebuah organisasi. HRIS yang tidak semata-mata perkakasan komputer dan yang berkaitan HR perisian yang berkaitan. Walaupun HRIS termasuk perkakasan dan perisian, ia juga termasuk orang, borang, dasar dan prosedur dan data. (Kavanagh et al. 1990) 
   Sistem Maklumat dedifinasikan sebagai sekumpulan kompenen yang saling berkaitan di antara satu sama lain serta berperanan untuk mengumpul (atau mendapatkan kembali, memproses, menyimpan dan mengagihkan maklumat). Ia berfungsi untuk menyokong proses membuat keputusan dan pengawalan di dalam sesebuah organisasi. Selain daripada itu, maklumat juga boleh membantu pengurus serta pekerja menganalisis masalah, menggambarkan subjek-subjek yang kompleks serta mencipta produk-produk baru. (Kenneth C. Ludon 2002) 
   Pada pendapat saya Sistem Maklumat Sumber Manusia ialah satu kaedah yang menggunakan sistem atas talian. Di dalam sistem tersebut mempunyai segala maklumat tentang Sumber Manusia. Dari maklumat peribadi, maklumat berkenaan penilaian prestasi, gaji dan pelbagai lagi maklumat. Dengan hanya hujung jari sahaja kita boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkenaan dengan maklumat diri.

   Dengan adanya Sistem Maklumat Sumber Manusia kita tidak perlu bersusah payah menggunakan borang untuk menghantar maklumat. Misalnya cuti, kita hanya perlu ke sistem tersebut dan memohon cuti di atas talian. Ini lebih menjimatkan masa dan kertas. Ia lebih mudah dan praktikal. Apabila menggunakan borang, agak sukar kerana pemprosesan menggunakan borang memakan masa yang lama untuk mendapat kelulusan dari pihak atasan, berbanding hanya menggunakan sistem, pihak atasan hanya perlu meluluskan permohonan cuti tersebut melalui sistem dan tidak perlu menggunakan borang dan risiko  borang  hilang  adalah  tinggi berbanding  dengan  penggunaan  sistem.Dengan adanya data-data mentah yang sedia ada seperti maklumat diri, semua itu akan dimasukkan ke dalam sistem, dan dianalisa dan digunakan untuk memproses maklumat.
                       
Kavanagh et al (1990) Human Resources information system. Boston : PWS-Kent.
Kenneth C. Laudon and Jane P. Laudon (2002) Pengurusan Sistem Maklumat, Prentice Hall, pp 5

KELEBIHAN KOMPETITIF 
     Dengan adanya sistem maklumat, sesebuah syarikat itu dapat mengatasi masalah persaingan yang wujud dalam dunia perniagaan. Pesaingan sebenarnya sangat perlu dalam perniagaan kerana ia akan mewujudkan inovasi dan kualiti dalam pengeluaran sesuatu produk ataupun perkhidmatan, menjadikan sebuah organisasi itu lebih cekap, lebih mantap dan dapat membina perniagaan yang berkualiti serta faktor yang membuatkan syarikat sentisa berfikir, berusaha dan bertindak untuk menang dalam persaingan yang wujud dalam perniagaan.
   Organisasi yang sentiasa mahu bersaing akan mendapat tempat dalam industri mereka sendiri, iaitu perniagaan yang sentiasa menawarkan produk yang lebih baik dari segi kualitinya. Persaingan ini pastinya juga akan memberi keuntungan dan kebaikan kepada pengguna. Contohnya Syarikat Sony dengan motonya ‘How different life because of technology’ sentiasa mencari idea yang kreatif untuk memastikan produknya berkualiti dan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain seperti LG, Panasonic dan sebagainya. 
    Bagi memudahkan pemahaman, saya ingin memberi contoh persaingan antara syarikat Produa dengan Syarikat Proton dalam industri pengeluaran kereta di Malaysia.

a)                  ‘Rivalry of competitor within its industry’ - Pertentangan di kalangan industri pastinya wujud kerana masing-masing ingin mengekalkan industri mereka dalam dunia perniagaan yang serba serbi penuh cabaran. Contohnya dalam industri pembuatan kereta, kita sedia maklum syarikat proton menghadapi pesaingnya dengan syarikat sedia ada dalam pasaran iaitu syarikat Produa. Hanya syarikat yang mampu berdaya saing sahaja akan dapat bertahan dan mampu mencapai keuntungan dalam pasaran.

b)      New entrants into an industry and its markets’ - Pesaing baru dalam pasaran juga merupakan satu cabaran dalam sesuatu industri. Contohnya di Malaysia selain syarikat tempatan syarikat pengeluaran kereta lain seperti CHERY juga memberikan kesan kepada pembelian kereta Proton atau Produa. Syarikat CHERY Automobile telah mengambil langkah untuk memasang 2 model baru MPV dan SUV nya di Malaysia yang pastinya memberi saingan hebat kepada pembuat kereta lain di Malaysia. Dua model itu adalah B14 dan Tiggo. Diramalkan tahun ini dan tahun hadapan (2008 dan 2009) adalah jangkamasa pasaran kenderaan MPV dan SUV mendapat sambutan ramai. Kerana itu, kehadiran 2 model SUV dan MPV ini dilihat sebagai satu strategy bagus oleh Chery untuk menguasai pasaran Malaysia.

c)      ‘Substitude products that may capture market share’- Produk gantian yang boleh menguasai pasaran juga merupakan satu persaingan dalam industri. Contohnya selain kereta pelanggan juga boleh didedahkan dengan penggunaan basikal, motosikal, kenderaan awam untuk pergi ke destinasi yang diinginkan dan sebagainya. Cabaran-cabaran seperti inilah yang akan menyebabkan syarikat pengeluar akan sentiasa mencari dan menggunakan teknologi maklumat dan teknologi pembuatan untuk mengetahui strategi pasaran, kuasa permintaan pengguna, teknik pemasaran dan sebagainya.

d)        ‘Bargaining power of customers’ - Kuasa yang ada pada pelanggan membuatkan pelanggan ada kuasa untuk membuat pilihan. Matlamat pelanggan adalah kepuasan sedangkan matlamat pengeluar adalah keuntungan. Kuasa pelanggan ini akan membuatkan syarikat dengan teknologi maklumat yang ada, akan menghasilkan produk yang dapat memberikan kepuasan yang maksimum kepada pelanggan dengan harga yang berpatutuan dan sekaligus akan mengikat pelanggan untuk terus menyukai produk yang dihasilkan oleh sesebuah syarikat.

e)        ‘Barganing power of suppliers’ - Kuasa pembekal bermaksud peniaga mempunyai kuasa membuat pilihan untuk membuat keputusan tentang strategi yang digunakan untuk mereka terus bertahan dan bersaing dalam pasaran. Contohnya syarikat produa dan proton mempunyai kuasa dalam memberi harga terhadap produk mereka, merekabentuk kereta mengikut permintaan pelanggan dan sebagainya.
            Persaingan akan mewujudkan strategik dalam industri. Strategik persaingan adalah:-
a)         ‘Cost Leadership’ - Pengeluar biasanya akan cuba meletakkan harga yang berpatutan ( rendah ) berbanding  pesaing mereka untuk memastikan pelanggan terus kekal.
b)        ‘Differentiation Strategy’ -  Pengeluar produk yang menarik dan berbeza dengan produk yang ada di pasaran akan menjadikan produk tersebut lebih diminati. Pelanggan biasanya cenderung untuk mencuba sesuatu yang baru sekiranya mereka merasakan produk tersebut menarik.
c)            ‘Innovation Strategy’-  Pengeluar yang bijak akan menghasilkan produk atau perkhidmatan yang unik, mesra pelanggan dan terbaik untuk menarik minta pelanggannya. Contohnya Amazon dapat menguasai pasaan dengan perniagaan secara online. Pengguna hanya perlu mengakses laman webnya dan boleh membeli apa sahaja tanpa perlu keluar dari rumah. Segala-galanya boleh dibeli hanya dengan menggunakan hujung jari.

d)  ‘Growth Strategy’-Strategik pertumbuhan ialah strategik yang digunakan untuk memperkembangkan perniagaan ke peringkat global atau antarabangsa. Contohnya syarikat Walmart dengan menggunakan teknologi sistem EDI boleh memperluaskan perniagaannya melalui sistem perhubungan dengan syarikat-syarikat supplier. Contohnya sistem penyimpanan barang di walmart dihubungkan secara terus melalui teknologi komputer dengan syarikat pembekal. Jadi syarikat pembekal dan menghantar barangnya sekiranya sistem merekodkan stok barang telah berkurangan. Sistem sangat membantu memperkembangkan perniagaan Walmart sehingga walmart menjadi sebuah pasaraya terbesar dunia.

RUJUKAN:-
            www.arenakereta.com/
            en.wikipedia.org/wiki/Human_resource_management_system
            Http:www.scribd.com/doc/51730547/HUMAN.RESOURCE.MANAGEMENT.SYSTEM

Tuesday, 30 October 2012

Tentang Diriku



Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia…

      Disini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Nur Naha Binti A. Mansor kerana memberi peluang ke atas diriku bagi menyempurnakan tugasan blog bagi subjek SHP 3423.....seram sejuk aku dibuatnya kerana inilah pertama kali diberi tugasan yang amat mencabar untuk membuat blog sendiri....Tetapi sebagai seorang pelajar, aku akur dan mestilah menyahut cabaran serta  yakin melakukannya walaupun pada hakikatnya tidak mempunyai apa-apa ilmu tentang blog.

      Namaku Mazni Binti Ismail. Berusia 37 tahun. Dilahirkan di Kuching, Sarawak dan telah dibesarkan di Johor Bahru, Johor. Aku merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik beradik. Tanggungjawabku amatlah berat dan hendaklah menjadi contoh teladan kepada adik-beradik yang lain. Aku telah lama berkahwin selama 10 tahun tetapi masih belum dikurniakan anak sendiri. Akan tetapi pada bulan Mac 2011, Jabatan Kebajikan Johor telah memberikan aku seorang anak angkat lelaki yang comel. Aku berikan nama anak itu ialah Abdul Azim (Hamba yang Maha Agong). Pada bulan Disember 2011, sekali lagi aku dapat panggilan dari Jabatan Kebajikan Johor dan memberikan aku  lagi  seorang  anak angkat lelaki lagi yang ku berikan nama Abdul Aziz ( Hamba yang Maha Berkuasa).Ya Allah, sungguh besar kuasa mu...dan aku amat bersyukur dengan kurniaanmu....kerana aku redha setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya....

 
Suatu hari nanti aku berharap akan dikurniakan anak sendiri, insyallah....jika diizinkan Allah...(diharap Dr. Nur Naha semasa membaca blogku ini, sama-sama mendoakan agar aku dimurahkan rezeki ...Amin)

      Pada tahun 1996 sehinggalah tahun 2006, aku berkhidmat di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Skudai Johor Bahru. Pada mulanya aku berjawatan rendah sebagai Pekerja Rendah Awam bertaraf kontrak selama setahun. Pada tahun 2008 sehinggalah tahun 2010 pula, aku cuba mengubah nasibku dengan menjawat jawatan Pembantu Tadbir Rendah bertaraf tetap. Alhamdulilah, pada tahun 2001 sehinggalah tahun 2006 aku telah dinaikkan pangkat sebagai Pembantu Tadbir bertaraf kontrak. Kira-kira 10 tahun jugalah aku berkhidmat di situ dan banyak pengalaman serta pengetahuan yang aku perolehi terutamanya dalam bidang pentadbiran.

      Jesteru itu, bagi mengejar impian untuk menjadi insan yang berjaya, akhirnya aku telah melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara, Melaka dan memperolehi diploma itu pada tahun 2008. Demi untuk masa hadapan iaitu pada tahun 2006 sehinggalah kini, aku bertekad berhijrah di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia bagi menjawat jawatan Pembantu Tadbir bertaraf tetap. Mungkin disebabkan pengalaman di tempat lama bekerja, akhirnya aku diterima berkhidmat di sini. Walaupun rezeki untuk menjawat jawatan bertaraf diploma belum dapat, namun aku tetap tidak berputus asa, dan mengorak langkahku menimba ilmu dengan melanjutkan pengajianku di UTM dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia. Sepanjang berkhidmat di sini banyak pengalaman yang aku perolehi. Bukan mudah untuk menjadi insan yang berjaya. Tanpa ilmu pengetahuan yang tinggi serta semangat yang kental belum tentu kita akan perolehi kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Oleh itu setiap apa ujian atau dugaan dari ALLAH itu, mungkin ada hikmah di sebaliknya....
        
      Aku percaya setiap rezeki, jodoh, ajal dan maut semuanya sudah tertulis di loh mahfuz dari Allah S.W.T sejak dari azali lagi. Oleh itu sebagai hamba Allah, kita hendaklah redha dan bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Aku sentiasa berpegang pada firman Allah SWT iaitu "Katakanlah, kesenangan di dunia ini hanya sebentar." (Surah An-Nisaa : 77)