Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia…
Disini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Nur Naha Binti A. Mansor kerana memberi peluang ke atas diriku bagi menyempurnakan tugasan blog bagi subjek SHP 3423.....seram sejuk aku dibuatnya kerana inilah pertama kali diberi tugasan yang amat mencabar untuk membuat blog sendiri....Tetapi sebagai seorang pelajar, aku akur dan mestilah menyahut cabaran serta yakin melakukannya walaupun pada hakikatnya tidak mempunyai apa-apa ilmu tentang blog.
Namaku Mazni Binti Ismail. Berusia 37 tahun. Dilahirkan di Kuching, Sarawak dan telah dibesarkan di Johor Bahru, Johor. Aku merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik beradik. Tanggungjawabku amatlah berat dan hendaklah menjadi contoh teladan kepada adik-beradik yang lain. Aku telah lama berkahwin selama 10 tahun tetapi masih belum dikurniakan anak sendiri. Akan tetapi pada bulan Mac 2011, Jabatan Kebajikan Johor telah memberikan aku seorang anak angkat lelaki yang comel. Aku berikan nama anak itu ialah Abdul Azim (Hamba yang Maha Agong). Pada bulan Disember 2011, sekali lagi aku dapat panggilan dari Jabatan Kebajikan Johor dan memberikan aku lagi seorang anak angkat lelaki lagi yang ku berikan nama Abdul Aziz ( Hamba yang Maha Berkuasa).Ya Allah, sungguh besar kuasa mu...dan aku amat bersyukur dengan kurniaanmu....kerana aku redha setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya....
Suatu hari nanti aku berharap akan dikurniakan anak
sendiri, insyallah....jika diizinkan Allah...(diharap Dr. Nur Naha semasa
membaca blogku ini, sama-sama mendoakan agar aku dimurahkan rezeki ...Amin)
Pada tahun 1996 sehinggalah tahun 2006, aku berkhidmat di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Skudai Johor Bahru. Pada mulanya aku berjawatan rendah sebagai Pekerja Rendah Awam bertaraf kontrak selama setahun. Pada tahun 2008 sehinggalah tahun 2010 pula, aku cuba mengubah nasibku dengan menjawat jawatan Pembantu Tadbir Rendah bertaraf tetap. Alhamdulilah, pada tahun 2001 sehinggalah tahun 2006 aku telah dinaikkan pangkat sebagai Pembantu Tadbir bertaraf kontrak. Kira-kira 10 tahun jugalah aku berkhidmat di situ dan banyak pengalaman serta pengetahuan yang aku perolehi terutamanya dalam bidang pentadbiran.
Jesteru itu, bagi mengejar impian untuk menjadi insan yang berjaya, akhirnya aku telah melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara, Melaka dan memperolehi diploma itu pada tahun 2008. Demi untuk masa hadapan iaitu pada tahun 2006 sehinggalah kini, aku bertekad berhijrah di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia bagi menjawat jawatan Pembantu Tadbir bertaraf tetap. Mungkin disebabkan pengalaman di tempat lama bekerja, akhirnya aku diterima berkhidmat di sini. Walaupun rezeki untuk menjawat jawatan bertaraf diploma belum dapat, namun aku tetap tidak berputus asa, dan mengorak langkahku menimba ilmu dengan melanjutkan pengajianku di UTM dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia. Sepanjang berkhidmat di sini banyak pengalaman yang aku perolehi. Bukan mudah untuk menjadi insan yang berjaya. Tanpa ilmu pengetahuan yang tinggi serta semangat yang kental belum tentu kita akan perolehi kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Oleh itu setiap apa ujian atau dugaan dari ALLAH itu, mungkin ada hikmah di sebaliknya....
Aku percaya setiap rezeki, jodoh, ajal dan maut semuanya sudah tertulis di loh mahfuz dari Allah S.W.T sejak dari azali lagi. Oleh itu sebagai hamba Allah, kita hendaklah redha dan bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Aku sentiasa berpegang pada firman Allah SWT iaitu "Katakanlah, kesenangan di dunia ini hanya sebentar." (Surah An-Nisaa : 77)
No comments:
Post a Comment