Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat
untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh
aktiviti-aktivitinya. Pihak pengurusan
dan pekerja akan turut sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dan
objektif-objektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama.
Khususnya, dasar Jabatan ialah menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang selamat dan sihat,memastikan bahawa semua kakitangan diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan,menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi, mematuhi kehendak-kehendak perundangan dan lain-lain keperluan mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan tataamalan yang diluluskan, menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja serta mengkaji semula dasar ini apabila perlu.
Jabatan yakin bahawa faktor keselamatan dan kesihatan yang dipertingkatkan secara berterusan mestilah diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti harian kita, dan pengaplikasian cara kerja selamat dan sihat adalah faktor utama ke arah memastikan kejayaan misi kita. (Sumber dari Laman Web Rasmi Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia). Berdasarkan dasar tersebut, dapat aku fahami bahawa betapa pihak kerajaan untuk mengambil berat berkaitan dengan pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Menurut Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun, Keselamatan dan Kesihatan merupakan fungsi pengurusan sumber manusia yang semakin mendapat perhatian dalam organisasi masa kini. Kemalangan yang berlaku kesan daripada kecuaian organisasi terhadap aspek keselamatan dan kesihatan telah menyebabkan banyak pembaziran dan kesan negatif kepada organisasi. Hal ini terbukti berdasarkan peratus jumlah kadar kematian dan kecerderaan akibat kemalangan di tempat kerja yang disiarkan dalam akhbar sinar harian pada 29hb April 2011.
AKHBAR : SINAR
HARIAN : NASIONAL
TARIKH : 29 APRIL 2011
Lebih 21,000 kes
kemalangan pergi, balik tempat kerja
NUSAJAYA - Jumlah kemalangan pekerja
pergi balik ke tempat kerja mencatatkan angka yang serius walaupun jumlah
kemalangan di tempat kerja di negara ini berjaya dikurangkan sejak 10 tahun
yang lalu. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pada tahun
2010, kemalangan pekerja pergi balik ke tempat kerja direkodkan sebanyak 21,
909 kes atau 30 peratus daripada 57,656 kes kemalangan industri yang
dilaporkan. Ini menunjukkan peningkatan berbanding 20,810 kes kemalangan
pekerja pergi balik ke tempat kerja yang dilaporkan pada 2009.
" Ini adalah di luar kawalan pihak
majikan, pekerja itu sendiri kena mengambil langkah keselamatan sendiri,
khususnya mereka ketika pergi dan balik ke tempat kerja dan kemalangan
membabitkan penunggang motosikal,” katanya selepas merasmikan sembutan Hari
Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja 2011 di tapak pembinaan
kolej Marlborough di sini, semalam.
Subramaniam berkata, Jabatan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan, Institut Keselamatan dan Pekerjaan Negara (NIOSH),
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Jabatan Pengangkutan Jalan dan
lain-lain agensi telah merancang banyak program kesedaran ’Safe Riding’ untuk
pekerja yang menunggang motosikal.Kemalangan tersebut yang selalunya melibatkan
kehilangan nyawa atau hilang keupayaan kekal menyebabkan kerugian modal insan,
kerugian ekonomi kepada negara dan juga keluarga. Menurut statistik yang
dikeluarkan Perkeso, 81,810 kes kemalangan industri dilaporkan pada 2002 di
mana 63, 423 kes melibatkan kemalangan di tempat kerja manakala 18,387 kes
melibatkan kemalangan pekerja pergi balik ke tempat kerja. Ini menunjukkan
penurunan jumlah kemalangan di tempat kerja tetapi kemalangan pekerja pergi
balik ke tempat kerja menunjukkan trend yang meningkat. Perkeso telah membayar
RM1,549 bilion pampasan mangsa kemalangan pekerja industri pada 2010 berbanding
RM1,354 bilion yang dibayar pada tahun sebelum itu. Peningkatan jumlah pampasan
itu menurut beliau adalah disebabkan faktor kenaikan gaji para pekerja di mana
semakin tinggi gaji mereka semakin besar pampasan yang akan dibayar Perkeso.
Menurut pandangan aku juga, pihak majikan
dan pekerja haruslah bekerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja bagi setiap pekerja di Malaysia.
Perkara ini bertujuan agar untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan
kesejahteraan setiap pekerja dalam setiap organisasi akan lebih terjamin.
Selain daripada itu, aku juga berpendapat dengan mewujudkan badan yang mengawal
dan memantau aktiviti OSHA, sedikit sebanyak dapat menghasilkan dan menunjukkan
kesan positif ke arah keselamatan dan kesihatan organisasiku. Justeru, dengan
wujudnya kesan positif terbabit maka setiap isu dan permasalahan berkaitan
dengan keselamatan dan kesihatan pekerja mampu dibendung dan dikurangkan kepada
sifar dalam organisasiku. Ini kerana aku percaya dengan wujudnya badan yang
menyelia OSHA ini bukan sahaja aku, namun setiap pekerja dalam organisasiku
akan dapat berasa yakin dengan badan bertindak terbabit. Disamping itu,
kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu sentiasa ditingkatkan dan
diteruskan tanpa sekatan dan batasan masa.
Menurut
pemerhatianku, aspek keselamatan dan kesihatan pekerja bukan sahaja perlu
diamalkan dalam industri besar namun, harus juga diamalkan dalam setiap jenis
organisasi daripada industri kecil kepada industri besar. Walaubagaimanapun,
pada pendapatku walaupun wujudnya OSHA namun, jika tiada kerjasama dan kesedaran
yang cukup tinggi daripada pekerja-pekerja lain mahupun pihak atasan, OSHA
pastikan akan menemui jalan buntu. Oleh itu, setiap pekerja dalam organisasi
perlu diberikan latihan atau penerangan yang terbaik berkaitan dengan OSHA. Hal
ini kerana aku percaya bahawa kesedaran yang dimiliki daripada semua pihak
mampu untuk menangani masalah-masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan
secara lebih komprehensif untuk membantu dalam pembentukan budaya kerja yang
selamat dan sihat.
Aku faham bahawa dalam kepentingan keselamatan dan kesihatan terdapat lima faktor utama yang menyumbang besar kepada OSHA. Antara faktor-faktor tersebut adalah berkaitan dengan mengurangkan kos, memotivasikan pekerja, mengelakkan tuntutan, memberi motivasi pekerja, menjalankan tanggungjawab sosial dan yang paling penting adalah imej organisasi. Setiap faktor amat penting untuk menjaga kepentingan keselamatan dan kesihatan serta bukan hanya digunakan dalam organisasiku malahan juga digunapakai dalam semua organisasi di Malaysia. Menurut Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun faktor pertama kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja adalah berkaitan dengan mengurangkan kos yang merupakan perkara utama mengapa keselamatan dan kesihatan pekerja merupakan isu penting dalam organisasi masa kini. Organisasiku juga menitik-beratkankan kos dalam pembiayaan bil-bil perubatan pekerja. Oleh sebab itu, wujud klinik-klinik panel berdaftar yang membenarkan pekerja mendapat rawatan secara pembiayaan oleh organisasi.
Sebagai
seorang penyelia aku amat bersetuju dengan peraturan tersebut kerana tidak
ramai pekerja akan mengambil cuti sakit sewenang-wenangnya. Perkara ini penting
kerana hanya cuti sakit yang dikeluarkan oleh pihak hospital atau klinik panel
berdaftar sahaja yang diterima tanpa banyak persoalan. Pandangan aku terhadap
peraturan ini adalah amat tepat kerana hal ini dapat mengurangkan masalah
gangguan terhadap operasi organisasi dan juga pembayaran bil-bil perubatan akan
berkurangan. Kesannya, organisasi aku dapat mengurangkan kos organisasinya.
Menurut
Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun lagi, faktor kedua bagi
kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja adalah berkaitan dengan
mengelakkan tuntutan. Atau dalam kata lain, bermaksud tindakan oleh pihak
berkuasa mengenakan denda atau tindakan ke atas organisasi yang mengabaikan
aspek keselamatan dan kesihatan para pekerja. Faktor mengelakan tuntutan
berkaitan dengan pematuhan organisasi terhadap akta OSHA 1994. Hal ini bermakna
setiap organisasi harus menyediakan persekitaran kerja yang lebih selesa dan
memberi kesedaran kepada semua pekerja tentang kepentingan fungsi OSHA dalam
setiap organisasi. Sebagai seorang pekerja aku amat bersetuju dengan penyataan
di atas kerana walaupun organisasi cuba mengelakkan tuntutan, namun organisasi
tersebut haruslah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dalam OSHA.
Dengan ini organisasi terbabit mampu untuk menghalang dan mengelakkan tuntutan
daripada pihak-pihak lain.
Menurut
Dr. Zafir Mohd Makhbul dn Fazilah Mohammad Hasun, faktor ketiga kepentingan
keselamatan dan kesihatan pekerja pula adalah berkaitan dengan motivasi pekerja
di mana dapat dihuraikan apabila organisasi menekankan aspek keselamatan dan
kesihatan maka keselesaan persekitaran tempat kerja dapat ditingkatkan dan
mendorong pekerja untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Mengikut
pandangan aku pula, setiap pekerja akan memberikan sepenuh usaha dan tenaga
kepada organisasi apabila setiap pekerja dalam organisasi merasa selamat dan
bebas melakukan tugasan yang ditetapkan. Menurut aku, apabila organisasi aku
mampu menyediakan persekitaran kerja yang selesa, maka aku akan telah
bermotivasi utnuk melakukan tugasanku.
Faktor
keempat kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja menurut Dr. Zafir Mohd
Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun adalah berkaitan dengan tanggungjawab
sosial. Peningkatan aspek keselamatan dan kesihatan juga merupakan usaha
organisasi ke arah melaksanakan tanggungjawab sosial. Aku berpendapat amatlah
menarik apabila sesebuah organisasi mampu untuk mengaut keuntungan tetapi tidak
melupakan dan mengambil berat terhadap isu-isu keselamatan dan kesihatan semua
pekerjanya. Pada pendapat aku, ini bermakna organisasi bukan sahaja mengajikan
kami sebagai pekerjanya sahaja namun juga menjaga kepentingan kami terhadap
keselamatan dan kesihatan.
Menurut
Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun lagi, faktor terakhir
kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja adalah berkaitan dengan imej
organisasi, di mana imej organisasi juga akan dapat ditingkatkan kesan daripada
usaha organisasi ke arah meningkatkan keselamatan dan kesihatan dalam
organisasi. Bagi aku, ini bermaksud setiap organisasi akan menjaga imej
organisasi agar dapat menggambarkan kesan positif untuk diketahui oleh orang
luar. Aku berpendapat setiap organisasi yang mempunyai imej organisasi yang
positif akan memudahkan organisasi terbabit mendapat perhatian dalam mencari
pekerja dan jika organisasi tersebut bertindak seperti organisasi tempat aku
bekerja di mana para pekerjanya akan diberi bonus untuk menggalakkan kesetiaan
pelanggan-pelanggan terhadap perkhidmatan yang kami tawarkan.
Kesimpulan
yang aku perolehi daripada pendapat Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad
Hasun dalam bukunya adalah setiap organisasi di Malaysia perlu mengambil kira
isu keselamatan dan kesihatan dalam mengendalikan urusan perniagaan mereka.
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebenarnya merupakan satu pelaburan positif
yang menguntungkan dalam tempoh jangka masa panjang dan bukannya pembaziran
atau kerugian yang akan ditanggung oleh organisasi. Jika berlaku kemalangan
yang boleh menyebabkan kematian dan kecederaan, ianya lebih merugikan dan
memberikan tekanan kepada organisasi. Realiti ini juga disokong dengan statistik
dengan kemalangan perusahaan yang membimbangkan dan melibatkan sejumlah besar
pampasan.
Menurutku pula, sesebuah organisasi itu pasti dapat mengurangkan jumlah pampasan dan
kos-kos sampingan jika setiap organisasi mampu menyediakan persekitaran kerja
yang lebih sempurna dan teratur. Menjaga kepentingan keselamatan dan kesihatan
pekerja kepadaku juga bermakna setiap organisasi itu menjaga periuk nasinya di
mana kita ketahui bahawa semua pekerja mahukan keadaan kerja yang selamat,
selesa dan aman. Hal ini kerana kebanyakan masa dalam kehidupan seharian
individu dewasa adalah dihabiskan di tempat kerja itu sendiri. Bagi aku
berdasarkan penyataan di atas adalah menjadi kewajipan untuk semua organisasi
di Malaysia perlulah menwujudkan persekitaran kerja yang selamat serta
menyedari akan wujudnya undang-undang dan badan berkanun yang memantau
keselamatan dan kesihatan setiap pekerja-pekerja di Malaysia.
Selain
daripada itu, aku sendiri sebagai seorang pekerja yang seharusnya mendapatkan
sebanyak maklumat dan ilmu pengetahuan yang mungkin untuk mengetahui setiap
hak-hak yang aku miliki dan membolehkan aku dan setiap pekerja untuk
mendapatkan hak keselamatan dan kesihatan semasa kami menjalankan tugasan.
Perkara ini kerana bagi akut tidak semua kemalangan yang berlaku berpunca
daripada persekitaran kerja itu sendiri, namun kelalaian dalam menjaga
keselamatan dan kesihatan diri sendiri juga menjadi puncanya dan kemungkinan
juga dapat menjejaskan masa depan diri sendiri.
Tambahan
untuk pemahaman aku terhadap OSHA adalah setiap organisasi juga perlu
mewajibkan setiap pekerja untuk mengikuti program latihan keselamatan dan
kesihatan. Selain daripada itu, badan pemantau OSHA pula perlu memastikan
setiap organisasi di dalam Malaysia menyediakan dan memberi program latihan
berkaitan dengan maklumat tentang kepentingan OSHA kepada setiap pekerjanya. Hal
ini kerana program-program ini berkemungkinan dapat membantu pihak organisasi
atau pekerja. Jika tidak mampu untuk menghalang 100%, namun sekurang-kurangnya
ia dapat mengurangkan kemalangan tersebut. Setiap program latihan terbabit
perlu sentiasa dipertingkatkan dan perlu adanya penambahbaikan dari tahun ke
tahun.
Rujukan :-
http://www.miros.gov.my/html/themes/MIROS_pdf/research_reports/COP
http://www.miros.gov.my/html/themes/MIROS_pdf/research_reports/COP
Kod_Amalan_KeselamatanKesihatanPersekitaran_Sektor.pdf
http://eprint.uthm.edu.my/573/1/JTS_Vol1_F2.pdf
Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohd
Hasun, 2008. Prinsip Pengurusan Sumber Manusia.Selangor.Leeds
Publications, hlm 241-277.
Maimunah
Aminuddin, Penterjermah Dr.
Fauziah Nordin, 2003. Asas Pengurusan
Sumber
Manusia. Kuala Lumpur:Penerbitan
Fajar Bakti Sdn.Bhd, hlm 166-197
Faridahwati
Mohd.Shamsuddin,Md.Lazim Mohd.Zin,Zuraida Hassan,Hadziroh Ibrahim,Chandrakantan
Subramaniam,Ghazali Din,Mohamad Ismail Wasli dan Edora Ismail,2006.Pengurusan
Sumber Manusia Di Malaysia.Mc Graw Hill, hlm 205-224.
http://www.mohr.gov.my/pdf/TNB.pdf
http://www.dosh.gov.my/doshv2/index.php?
Option=com_content&view=article&id=85%3Asafety-and-health
policy&catid=40%3Adosh-policy&Itemid=91&lang=ms
http://www.unevoc.unesco.org/fileadmin/user_upload/pubs/ABS_HealthSafety.pdf
http://epnnts.nottingham.ac.ul/382/1/OSH.pdf
http://www.osha.gov/Publications/complinks/OSHG-HazWaste/all-in-one.pdf
http://www.pinoy
abroad.net/img_upload/9bed2e6bOcc5701e4cet28a6ce64be3d/Guide_to_OCCUPAT
ONAL_SAFETY_AND_HEALTH_ACT_Malaysia_pdf
http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bttstream/123456789/9023/1/pengurusan%
0keselamtan%20&%20kesihatan%20pekerjaan.pd