Thursday, 15 November 2012

Web Berasaskan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan


       Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya. Pihak  pengurusan dan pekerja akan turut sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif-objektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama.
         
       Khususnya, dasar Jabatan ialah menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang selamat dan sihat,memastikan bahawa semua kakitangan diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan,menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi, mematuhi kehendak-kehendak perundangan dan lain-lain keperluan mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan tataamalan yang diluluskan, menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja serta mengkaji semula dasar ini apabila perlu.

      Jabatan yakin bahawa faktor keselamatan dan kesihatan yang dipertingkatkan secara berterusan mestilah diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti harian kita, dan pengaplikasian cara kerja selamat dan sihat adalah faktor utama ke arah memastikan kejayaan misi kita. (Sumber dari Laman Web Rasmi Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia). Berdasarkan dasar tersebut, dapat aku fahami bahawa betapa pihak kerajaan untuk mengambil berat berkaitan dengan pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

     Menurut Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun, Keselamatan dan Kesihatan merupakan fungsi pengurusan sumber manusia yang semakin mendapat perhatian dalam organisasi masa kini. Kemalangan yang berlaku kesan daripada kecuaian organisasi  terhadap aspek keselamatan dan kesihatan telah menyebabkan banyak pembaziran dan kesan negatif kepada organisasi. Hal ini terbukti berdasarkan peratus jumlah kadar kematian dan kecerderaan akibat kemalangan di tempat kerja yang disiarkan dalam akhbar sinar harian pada 29hb April 2011.

AKHBAR : SINAR HARIAN : NASIONAL
TARIKH   : 29 APRIL 2011
Lebih 21,000 kes kemalangan pergi, balik tempat kerja

     NUSAJAYA - Jumlah kemalangan pekerja pergi balik ke tempat kerja mencatatkan angka yang serius walaupun jumlah kemalangan di tempat kerja di negara ini berjaya dikurangkan sejak 10 tahun yang lalu. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pada tahun 2010, kemalangan pekerja pergi balik ke tempat kerja direkodkan sebanyak 21, 909 kes atau 30 peratus daripada 57,656 kes kemalangan industri yang dilaporkan. Ini menunjukkan peningkatan berbanding 20,810 kes kemalangan pekerja pergi balik ke tempat kerja yang dilaporkan pada 2009.
" Ini adalah di luar kawalan pihak majikan, pekerja itu sendiri kena mengambil langkah keselamatan sendiri, khususnya mereka ketika pergi dan balik ke tempat kerja dan kemalangan membabitkan penunggang motosikal,” katanya selepas merasmikan sembutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja 2011 di tapak pembinaan kolej Marlborough di sini, semalam.
Subramaniam berkata, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Institut Keselamatan dan Pekerjaan Negara (NIOSH), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Jabatan Pengangkutan Jalan dan lain-lain agensi telah merancang banyak program kesedaran ’Safe Riding’ untuk pekerja yang menunggang motosikal.Kemalangan tersebut yang selalunya melibatkan kehilangan nyawa atau hilang keupayaan kekal menyebabkan kerugian modal insan, kerugian ekonomi kepada negara dan juga keluarga. Menurut statistik yang dikeluarkan Perkeso, 81,810 kes kemalangan industri dilaporkan pada 2002 di mana 63, 423 kes melibatkan kemalangan di tempat kerja manakala 18,387 kes melibatkan kemalangan pekerja pergi balik ke tempat kerja. Ini menunjukkan penurunan jumlah kemalangan di tempat kerja tetapi kemalangan pekerja pergi balik ke tempat kerja menunjukkan trend yang meningkat. Perkeso telah membayar RM1,549 bilion pampasan mangsa kemalangan pekerja industri pada 2010 berbanding RM1,354 bilion yang dibayar pada tahun sebelum itu. Peningkatan jumlah pampasan itu menurut beliau adalah disebabkan faktor kenaikan gaji para pekerja di mana semakin tinggi gaji mereka semakin besar pampasan yang akan dibayar Perkeso.
            
           Menurut pandangan aku juga, pihak majikan dan pekerja haruslah bekerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja bagi setiap pekerja di Malaysia. Perkara ini bertujuan agar untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan setiap pekerja dalam setiap organisasi akan lebih terjamin. Selain daripada itu, aku juga berpendapat dengan mewujudkan badan yang mengawal dan memantau aktiviti OSHA, sedikit sebanyak dapat menghasilkan dan menunjukkan kesan positif ke arah keselamatan dan kesihatan organisasiku. Justeru, dengan wujudnya kesan positif terbabit maka setiap isu dan permasalahan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja mampu dibendung dan dikurangkan kepada sifar dalam organisasiku. Ini kerana aku percaya dengan wujudnya badan yang menyelia OSHA ini bukan sahaja aku, namun setiap pekerja dalam organisasiku akan dapat berasa yakin dengan badan bertindak terbabit. Disamping itu, kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu sentiasa ditingkatkan dan diteruskan tanpa sekatan dan batasan masa.
            
        Menurut pemerhatianku, aspek keselamatan dan kesihatan pekerja bukan sahaja perlu diamalkan dalam industri besar namun, harus juga diamalkan dalam setiap jenis organisasi daripada industri kecil kepada industri besar. Walaubagaimanapun, pada pendapatku walaupun wujudnya OSHA namun, jika tiada kerjasama dan kesedaran yang cukup tinggi daripada pekerja-pekerja lain mahupun pihak atasan, OSHA pastikan akan menemui jalan buntu. Oleh itu, setiap pekerja dalam organisasi perlu diberikan latihan atau penerangan yang terbaik berkaitan dengan OSHA. Hal ini kerana aku percaya bahawa kesedaran yang dimiliki daripada semua pihak mampu untuk menangani masalah-masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara lebih komprehensif untuk membantu dalam pembentukan budaya kerja yang selamat dan sihat.
       
       Aku faham bahawa dalam kepentingan keselamatan dan kesihatan terdapat lima faktor utama yang menyumbang besar kepada OSHA. Antara faktor-faktor tersebut adalah berkaitan dengan mengurangkan kos, memotivasikan pekerja, mengelakkan tuntutan, memberi motivasi pekerja, menjalankan tanggungjawab sosial dan yang paling penting adalah imej organisasi. Setiap faktor amat penting untuk menjaga kepentingan keselamatan dan kesihatan serta bukan hanya digunakan dalam organisasiku malahan juga digunapakai dalam semua organisasi di Malaysia. Menurut Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun faktor pertama kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja adalah berkaitan dengan mengurangkan kos yang merupakan perkara utama mengapa keselamatan dan kesihatan pekerja merupakan isu penting dalam organisasi masa kini. Organisasiku juga menitik-beratkankan kos dalam pembiayaan bil-bil perubatan pekerja. Oleh sebab itu, wujud klinik-klinik panel berdaftar yang membenarkan pekerja mendapat rawatan secara pembiayaan oleh organisasi.
         
         Sebagai seorang penyelia aku amat bersetuju dengan peraturan tersebut kerana tidak ramai pekerja akan mengambil cuti sakit sewenang-wenangnya. Perkara ini penting kerana hanya cuti sakit yang dikeluarkan oleh pihak hospital atau klinik panel berdaftar sahaja yang diterima tanpa banyak persoalan. Pandangan aku terhadap peraturan ini adalah amat tepat kerana hal ini dapat mengurangkan masalah gangguan terhadap operasi organisasi dan juga pembayaran bil-bil perubatan akan berkurangan. Kesannya, organisasi aku dapat mengurangkan kos organisasinya.
         
         Menurut Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun lagi, faktor kedua bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja adalah berkaitan dengan mengelakkan tuntutan. Atau dalam kata lain, bermaksud tindakan oleh pihak berkuasa mengenakan denda atau tindakan ke atas organisasi yang mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan para pekerja. Faktor mengelakan tuntutan berkaitan dengan pematuhan organisasi terhadap akta OSHA 1994. Hal ini bermakna setiap organisasi harus menyediakan persekitaran kerja yang lebih selesa dan memberi kesedaran kepada semua pekerja tentang kepentingan fungsi OSHA dalam setiap organisasi. Sebagai seorang pekerja aku amat bersetuju dengan penyataan di atas kerana walaupun organisasi cuba mengelakkan tuntutan, namun organisasi tersebut haruslah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dalam OSHA. Dengan ini organisasi terbabit mampu untuk menghalang dan mengelakkan tuntutan daripada pihak-pihak lain.
       
       Menurut Dr. Zafir Mohd Makhbul dn Fazilah Mohammad Hasun, faktor ketiga kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja pula adalah berkaitan dengan motivasi pekerja di mana dapat dihuraikan apabila organisasi menekankan aspek keselamatan dan kesihatan maka keselesaan persekitaran tempat kerja dapat ditingkatkan dan mendorong pekerja untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Mengikut pandangan aku pula, setiap pekerja akan memberikan sepenuh usaha dan tenaga kepada organisasi apabila setiap pekerja dalam organisasi merasa selamat dan bebas melakukan tugasan yang ditetapkan. Menurut aku, apabila organisasi aku mampu menyediakan persekitaran kerja yang selesa, maka aku akan telah bermotivasi utnuk melakukan tugasanku.
     
        Faktor keempat kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja menurut Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun adalah berkaitan dengan tanggungjawab sosial. Peningkatan aspek keselamatan dan kesihatan juga merupakan usaha organisasi ke arah melaksanakan tanggungjawab sosial. Aku berpendapat amatlah menarik apabila sesebuah organisasi mampu untuk mengaut keuntungan tetapi tidak melupakan dan mengambil berat terhadap isu-isu keselamatan dan kesihatan semua pekerjanya. Pada pendapat aku, ini bermakna organisasi bukan sahaja mengajikan kami sebagai pekerjanya sahaja namun juga menjaga kepentingan kami terhadap keselamatan dan kesihatan.

         Menurut Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun lagi, faktor terakhir kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja adalah berkaitan dengan imej organisasi, di mana imej organisasi juga akan dapat ditingkatkan kesan daripada usaha organisasi ke arah meningkatkan keselamatan dan kesihatan dalam organisasi. Bagi aku, ini bermaksud setiap organisasi akan menjaga imej organisasi agar dapat menggambarkan kesan positif untuk diketahui oleh orang luar. Aku berpendapat setiap organisasi yang mempunyai imej organisasi yang positif akan memudahkan organisasi terbabit mendapat perhatian dalam mencari pekerja dan jika organisasi tersebut bertindak seperti organisasi tempat aku bekerja di mana para pekerjanya akan diberi bonus untuk menggalakkan kesetiaan pelanggan-pelanggan terhadap perkhidmatan yang kami tawarkan.

       Kesimpulan yang aku perolehi daripada pendapat Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun dalam bukunya adalah setiap organisasi di Malaysia perlu mengambil kira isu keselamatan dan kesihatan dalam mengendalikan urusan perniagaan mereka. Keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebenarnya merupakan satu pelaburan positif yang menguntungkan dalam tempoh jangka masa panjang dan bukannya pembaziran atau kerugian yang akan ditanggung oleh organisasi. Jika berlaku kemalangan yang boleh menyebabkan kematian dan kecederaan, ianya lebih merugikan dan memberikan tekanan kepada organisasi. Realiti ini juga disokong dengan statistik dengan kemalangan perusahaan yang membimbangkan dan melibatkan sejumlah besar pampasan.     
            
       Menurutku pula, sesebuah organisasi itu pasti dapat mengurangkan jumlah pampasan dan kos-kos sampingan jika setiap organisasi mampu menyediakan persekitaran kerja yang lebih sempurna dan teratur. Menjaga kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja kepadaku juga bermakna setiap organisasi itu menjaga periuk nasinya di mana kita ketahui bahawa semua pekerja mahukan keadaan kerja yang selamat, selesa dan aman. Hal ini kerana kebanyakan masa dalam kehidupan seharian individu dewasa adalah dihabiskan di tempat kerja itu sendiri. Bagi aku berdasarkan penyataan di atas adalah menjadi kewajipan untuk semua organisasi di Malaysia perlulah menwujudkan persekitaran kerja yang selamat serta menyedari akan wujudnya undang-undang dan badan berkanun yang memantau keselamatan dan kesihatan setiap pekerja-pekerja di Malaysia.
     
      Selain daripada itu, aku sendiri sebagai seorang pekerja yang seharusnya mendapatkan sebanyak maklumat dan ilmu pengetahuan yang mungkin untuk mengetahui setiap hak-hak yang aku miliki dan membolehkan aku dan setiap pekerja untuk mendapatkan hak keselamatan dan kesihatan semasa kami menjalankan tugasan. Perkara ini kerana bagi akut tidak semua kemalangan yang berlaku berpunca daripada persekitaran kerja itu sendiri, namun kelalaian dalam menjaga keselamatan dan kesihatan diri sendiri juga menjadi puncanya dan kemungkinan juga dapat menjejaskan masa depan diri sendiri.
        
       Tambahan untuk pemahaman aku terhadap OSHA adalah setiap organisasi juga perlu mewajibkan setiap pekerja untuk mengikuti program latihan keselamatan dan kesihatan. Selain daripada itu, badan pemantau OSHA pula perlu memastikan setiap organisasi di dalam Malaysia menyediakan dan memberi program latihan berkaitan dengan maklumat tentang kepentingan OSHA kepada setiap pekerjanya. Hal ini kerana program-program ini berkemungkinan dapat membantu pihak organisasi atau pekerja. Jika tidak mampu untuk menghalang 100%, namun sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan kemalangan tersebut. Setiap program latihan terbabit perlu sentiasa dipertingkatkan dan perlu adanya penambahbaikan dari tahun ke tahun.


Rujukan :- 
            
                http://www.miros.gov.my/html/themes/MIROS_pdf/research_reports/COP
                Kod_Amalan_KeselamatanKesihatanPersekitaran_Sektor.pdf
                http://eprint.uthm.edu.my/573/1/JTS_Vol1_F2.pdf
Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohd Hasun, 2008. Prinsip Pengurusan Sumber Manusia.Selangor.Leeds Publications, hlm 241-277.
Maimunah Aminuddin, Penterjermah Dr. Fauziah Nordin, 2003. Asas Pengurusan
Sumber Manusia. Kuala Lumpur:Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd, hlm 166-197
Faridahwati Mohd.Shamsuddin,Md.Lazim Mohd.Zin,Zuraida Hassan,Hadziroh Ibrahim,Chandrakantan Subramaniam,Ghazali Din,Mohamad Ismail Wasli dan Edora Ismail,2006.Pengurusan Sumber Manusia Di Malaysia.Mc Graw Hill, hlm 205-224.
http://www.mohr.gov.my/pdf/TNB.pdf
http://www.dosh.gov.my/doshv2/index.php?
Option=com_content&view=article&id=85%3Asafety-and-health
policy&catid=40%3Adosh-policy&Itemid=91&lang=ms
http://www.unevoc.unesco.org/fileadmin/user_upload/pubs/ABS_HealthSafety.pdf
http://epnnts.nottingham.ac.ul/382/1/OSH.pdf
http://www.osha.gov/Publications/complinks/OSHG-HazWaste/all-in-one.pdf
http://www.pinoy
abroad.net/img_upload/9bed2e6bOcc5701e4cet28a6ce64be3d/Guide_to_OCCUPAT
ONAL_SAFETY_AND_HEALTH_ACT_Malaysia_pdf
http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bttstream/123456789/9023/1/pengurusan%
               0keselamtan%20&%20kesihatan%20pekerjaan.pd

No comments:

Post a Comment