PENGURUSAN PRESTASI
Menurut definasi yang
diberikan semasa kelas Dr. Nurnaha, Performance
Management adalah bermaksud "process
of involving employees in accomplishing your agency’s mission and goal." Proses
ini melibatkan tindakan merancang kerja yang hendak dilakukan dan meletakkan
matlamat yang tepat untuk organisasi serta memantau prestasi kerja, mencapai
satu kapasiti atau target yang dikehendaki dan melihat kembali prestasi yang
telah berjaya dicapai dan akhirnya memberikan ganjaran yang setimpal ke atas
kerja yang baik yang telah diberikan oleh pekerja tersebut dalam mencapai misi
dan objekttif organisasi.
Organisasi yang ingin berjaya perlulah tahu bahawa untuk menang dalam pasaran yang kompetitif pada hari ini mereka mestilah perlu menarik, membangunkan dan mengekalkan pekerja yang berbakat dan produktif dalam organisasi mereka. Maka cara yang terbaik adalah dengan membentuk dan membangunkan suatu sistem pengurusan prestasi yang membantu mereka mengupah orang-orang yang berbakat, meletakkan mereka dalam kedudukan yang betul, menjajarkan prestasi individu mereka dengan visi, misi dan objektif organisasi yang strategik dan mencapai standart SMART, membangungkan kebolehan masing-masing, dan memberikan ganjaran setimpal dengan sumbangan dan kejayaan pekerja memberi kejayaan kepada organisasi.
Terdapat beberapa langkah dan peringkat yang boleh dilakukan dalam pengurusan prestasi yang berkesan antaranya ialah:-
1. Merancang
Perancangan
yang dilakukan oleh organisasi adalah bagi memastikan prestasi pekerja akan
dapat mencapai objektif dan misi organisasi. Perancangan ini juga melibatkan jangka
masa perlunya sesuatu masa matlamat itu harus dicapai, perancangan yang terbaik
perlulah SMART method iaitu perlu specific, boleh diukur, boleh dicapai,
realistic dan mempunyai jangka masa. Semua perancangan ini dibukukan atau diformalkan dan dijadikan sesuatu yang
perlu diketahui oleh semua pekerja dalam organisasi.
2.
Pemantauan
Ianya juga melibatkan pengurusan prestasi
harian iaitu melakukan pemantauan termasuklah mengukur prestasi dan memberikan
maklum balas kepada pekerja supaya mereka mengetahui prestasi tahap kerja
mereka. Komunikasi dua hala antara pengurus dan pekerja melalui tempoh masa
prestasi itu dinilai adalah satu masa yang amat kritikal di dalam proses pengurusan
prestasi. Tindak balas dan latihan yang diberi juga boleh dilakukan secara
tidak formal bagi mengelakkan pekerja merasa tidak selesa dengan keadaan yang
terlalu formal. Pembangunan yang dilakukan melalui latihan, cabaran atau
tugasan akan meningkatkan proses pengurusan prestasi tersebut.
3. Pembangunan prestasi
Mengkaji semula prestasi ialah satu proses
yang normal di mana, keputusan yang dicapai oleh pekerja oleh penilaian
kompetensi yang dilakukan kepada pekerja sekurang-kurangnya setahun sekali.
Pihak pengurusan membuat penilaian ke atas keputusan dan kelakuan pekerja
samada ianya mengalami perubahan atau tidak sebelum atau selepas pengurusan
prestasi dilakukan.
4.
Menilai prestasi
Organisasi yang cemerlang mempunyai sistem
penilaian prestasinya yang tersendiri. Organisasi menilai dengan cara melihat
adakah prestasi pekerja telah menepati dan mencapai objektif strategik
organisasi dan matlamat organisasi. Di samping itu jug organisasi menyediakan pekerja dengan maklum balas
mengenai cara-cara untuk belajar dan meningkatkan kerjaya dan prestasi dalam
syarikat atau organisasi.
5. Memberikan Ganjaran Prestasi
(Best-of-the-Best)
Manusia
secara semulajadi sangat suka diberi perhatian dan pujian tak kiralah dalam
bentuk kata-kata ataupun perbuatan. Dengan penghargaan harga diri seseorang
pekerja akan meningkat dan sekaligus ini akan meningkat motivasi seseorang
pekerja untuk terus menunjukan prestasi yang terbaik dalam mencapai matlamat
dan objektif organisasi.
Dalam
mengiktiraf prestasi, apa yang penting adalah ianya perlulah berbentuk khusus. Sebagai
contoh, dengan berkara sesuatu seperti, “Anda menjalankan tugasnya dengan baik”
mempunyai nilai yang sedikit. Ia tidak spesifik cukup untuk individu untuk tahu
dengan tepat apa yang membuatkan seseorang penyelia itu gembira, dan ia boleh
dianggap sebagai tidak ikhlas kerana ia begitu umum. Ia juga penting termasuk
memberi ulasan ringkas mengapa prestasi yang diiktiraf adalah penting. Komen
tertentu, seperti “ Saya perhatikan bahawa dalam dua jam yang lalu, anda telah
melebihi piawaian pengeluaran sebanyak 10%. Prestasi standard di atas anda akan
membantu kami melebihi objektif kos kami untuk peralihan ini “akan menjadi
lebih berkesan dalam membantu individu memahami dengan tepat apa yang penyelia
mahu berulang dan lebih cenderung untuk menghasilkan corak tingkah laku yang
dikehendaki.
Rujukan :
http://www.pbsconsulting.com/performancemanagement.htm
Linking
Pay to Performance Link to article on “Linking Pay to Performance” in Issue
22/1998)
http://perf-pro.com/blog/?p=24-Recognizing
and Rewarding Performance:The Art of Encouraging Desired Behaviors
http://www.myperformancementsystems.net/tag/business-performance-management-systems/
No comments:
Post a Comment