Kesimpulannya ialah dengan adanya sistem HRIS (Human Resources
Information System) segala program aplikasi komputer yang mengatur cara
pengelolaan dan perlaksanaan pengurusan SDM di sesebuah organisasi atau
syarikat dapat menyokong proses membuat keputusan atau biasa disebut dengan
Decision Support System dengan menyediakan pelbagai maklumat yang diperlukan.
HRIS juga adalah sebuah bentuk interseksi atau pertemuan antara bidang ilmu pengurusan sumber manusia (MSDM) dan teknologi maklumat. Sistem ini turut menggabungkan MSDM sebagai suatu disiplin yang utamanya mengaplikasikan bidang teknologi maklumat ke dalam aktiviti-aktiviti MSDM seperti dalam hal perancangan, dan menyusun sistem pemprosesan data siri langkah-langkah yang terstandarisasi dan terangkum dalam aplikasi perancangan sumber syarikat atau enterprise resource planning (ERP).
Secara keseluruhan sistem ERP bertujuan mengintegrasikan maklumat yang diperolehi dari aplikasi-aplikasi yang berbeza ke dalam satu sistem pangkalan data yang bersifat universal. Keterkaitan dari modul pengiraan kewangan dan modul MSDM melalui satu pangkalan data yang sama merupakan perkara yang sangat penting yang membezakannya dengan bentuk aplikasi lain yang pernah dibuat sebelumnya, menjadikan aplikasi ini lebih fleksibel tetapi juga lebih kaku dengan peraturan-peraturannya.
HRIS juga merupakan satu sistem di mana segala info mengenai Sumber Manusia dikumpul dan diproses untuk tujuan meningkatkan keberkesanan organisasi. Integrasi HRM dan Sistem Maklumat (IS) sangat berguna untuk organisai melaksanakan fungsi-fungsi sumber manusia dengan cara yang lebih berkesan dan sistematik menggunakan teknologi.
Fungsi HRIS juga mempunyai empat aktiviti utama. Antaranya ialah sepertimana berikut:-
1)
Perekrutan dan Penerimaan (Recruiting and Hiring)
SDM dapat membantu menerima pegawai baru ke dalam
syarikat. Sumber Manusia selalu mengikuti perkembangan terkini dalam peraturan
kerajaan yang mempengaruhi amalan pekerjaan dan menasihati pihak pengurusan
untuk menentukan polisi yang sesuai.
2) Pendidikan dan Latihan
Selama tempoh pekerjaan seseorang, SDM boleh menetapkan
pelbagai program pendidikan dan latihan yang diperlukan untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran kerja pegawai.
3) Pengurusan Data
SDM juga menyimpan database yang berkaitan dengan
pegawai dan memproses data tersebut untuk memenuhi keperluan maklumat pengguna.
4) Penamatan dan admistrasi Faedah
Selama seseorang digaji oleh syarikat mereka menerima
pakej faedah. Setelah penamatan, SDM mengurus program bersara syarikat bagi
bekas pegawai yang berhak.
Rujukan:-
1. Jogiyanto.Sistem Teknologi Informasi.Andi,
2. Cornelius. Nelarine.2005:253-5.Information Technology in support of HRM.
Akhir kata, hayatilah video ini buat pedoman kita bersama pada masa akan datang...Semoga hidup kita semua diberkati Allah selalu serta dipemudahkan segala urusan....AMIN....
Tidak lupa juga diucapkan ribuan terima kasih kepada suami tercinta, kedua ibu bapa, rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu memberi dorongan, panduan, bimbingan bagi menyiapkan blog ini serta kepada tenaga pengajar yang dikasihi iaitu Dr. Nurnaha Binti A.Mansor. Semoga Allah S.W.T jua yang membalasNya.
No comments:
Post a Comment